Powered By Blogger

Sunday, June 21, 2009

PEMUDA vs NIZAR

PEMUDA PERAK BIDAS KENYATAAN BERBAU UGUTAN NIZAR

Ipoh -- Pemuda UMNO Perak hari ini membidas Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang terus bersikap angkuh serta tidak mengormati perundangan apabila terus membuat ugutan mendesak agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Ketuanya, Maslin Sham Razman berkata kenyataan Nizar yang membayangkan perkara lebih teruk akan berlaku sekiranya sidang DUN khas diadakan jelas menunjukkan pakatan pembangkang masih lagi tidak dapat menerima kenyataan.

Sambil menyifatkan kenyataan itu berunsur ugutan beliau yakin pakatan pembangkang sudah merancang sesuatu untuk membuat kacau bilau bagi mengagalkan sidang DUN yang akan diadakan nanti.

"Kenyataan Nizar itu seolah-olah tidak menghormati keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang telah memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang sah.

"Kita tidak hairan dengan sikap beliau ini kerana kita sedar mereka akan menggunakan apa jua helah dan taktik untuk kepentingan sendiri.

"Sepatutnya sebagai pemimpin yang kononnya bergelar 'ustaz', Nizar sewajarnya menasihatkan para penyokongnya menerima keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan hati terbuka. Mereka yang mula menggunakan mahkamah seharusnya mereka mesti patuh dan hormat sebarang keputusan mahkamah", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas kenyataan Nizar bahawa krisis politik di negeri itu akan berterusan jika DUN tidak dibubarkan.

Selain itu, Nizar turut mendakwa pihaknya tidak yakin satu sidang khas DUN Perak akan berjalan lancar, malah perkara lebih teruk akan berlaku.

Maslin yang juga Ketua Pemuda Kuala Kangsar seterusnya percaya rakyat semakin boleh menilai tembelang sebenar pembangkang yang mabuk kuasa.

"Kita penuh yakin, rakyat dapat melihat serta menilai siapakah sebenar dalang dalam isu ini. Jika mereka menerima keputusan Mahkamah serta akur dengan kelebihan majoriti di DUN yang memihak kepada BN, semua perkara ini tidak terjadi.

"Malah BN dapat melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan tanpa terheret dengan pelbagai persoalan serta perbicaraan demi perbicaraan di Mahkamah. Namun kita tidak akan melatah untuk mengikut rentak sumbang pembangkang dengan melakukan sesuatu di luar kotak pemikiran manusia yang waras", ujarnya.

0 comments:

Post a Comment

RENCANA

REALITI !!!