Powered By Blogger

Sunday, June 21, 2009

UMNO SEDIA KERJASAMA DENGAN PAS

IPOH 22 April - UMNO sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Bagaimanapun, katanya, keinginan untuk bekerjasama itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak dan bukannya UMNO sahaja. ''Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini. ''Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini. Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat. Bagaimanapun, seruan tersebut ditolak oleh Pas yang tetap berkeras mahu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan. Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini. Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.

0 comments:

Post a Comment

RENCANA

REALITI !!!