Powered By Blogger

Monday, June 29, 2009

SUAMI ORI / PEMIMPIN MITHALI=PILIH DGN BIJAK!!

Mencari suami original

Macam-macam orang komplen cerita ana tak ori. Memang ana ada ambik cerita tak ori yang diberi sentuhan ori untuk disesuaikan. Yang pentingnya, mesej cerita yang ingin disampaikan dicuba ori. Baiklah, sekarang ana ada cerita pasal ori. Kalau ada yang sudah dengar, tak ori lah juga.


Sekarang ni musim cuti sekolah. Paham-pahamlah cuti sekolah ada musim kahwin. Sana sini majlis untuk meraikan pemuda pemudi berlaga pusat. YB-YB pun banyak dapat jemputan.

Alkisah seorang anak gadis yang ingin berkahwin dengan jejaka yang dipilih sendiri. Dia tidak mahu terkongkong dengan pilihan orang tua tetapi inginkan kebebasan memilih. Ini hak asasi peribadi dan demokrasi yang tidak patut dipaksa. Hebat ...

Dinyatakan hasrat kepada orang tuanya. Jawab orang tuanya, "Sekiranya engkau ingin lelaki pilihan engkau sendiri, carilah yang sopan santun dan
original."

Dengan ada lampu hijau dari orang tuanya, gadis ini mencarilah pasangan hidup untuk dirinya.
Alhamdulillah, bertemulah dengan seorang jejaka yang sopan santun yang cukup menyentuh hati dalam sebulan.

Cuma kriteria original yang diberitahu ayahnya belum diketahui. Itu kenalah tunggu apabila sudah sah suami isteri. Gadis ini budak baik dan suci lagi. Dia tidak mahu
test drive atau di test drive.

Berkahwinlah muda dan mudi ini. Setelah selesai upacara akad nikah, malamnya adalah malam yang pertama dilalui bersama. Si suami memakai 'alat pencegah' kononnya untuk merancang keluarga.


Keesokan harinya, si isteri pun mengesahkan kepada orang tuanya bahawa suaminya memang betul-betul original. Orang tuanya bertanya: "Macam mana engkau tahu laki engkau tu
original?"

Anaknya yang agak naif dengan selamba bercampur megah memberitahu, "Betul abah.
Original. Plastik pun tak bukak lagi ..."

Ayah bukan maksudkan lelaki yang baru keluar kilang tetapi lelaki yang tidak bermuka-muka, ikhlas, dan bersungguh-sungguh.

Mencari pemimpin mithali

Hai ... macam sama dengan tersilap mengundi pemimpin. Harapkan pandai cakap, mesra tepuk belakang tiga kali, dan macam sopan santun. Akhirnya baru tahu tak
original.

petikan dari http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

RENCANA

REALITI !!!