Powered By Blogger

Monday, June 29, 2009

NIK AZIZ KASAR??

Dr Novandri Hasan Basri

Ketika berceramah di Padang Majlis Daerah Laloh pada 21 Jun yang lepas, Nik Aziz telah menyamakan parti UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis. Ramai yang telah bersuara mengatakan bahawa Nik Aziz sudah melampau dan telah melangkaui imej beliau yang dikaitkan sebagai ulama Islam.

Yang pastinya, ada yang akan mempertahankan kelanjuran Nik Aziz dengan pelbagai jenis alasan. Tetapi, Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat mengakui bahawa kiasan Nik Aziz itu kasar.

Satiful berkata:-

"Tok Guru sudah menyatakan, apa yang dikatakannya terhadap UMNO adalah kiasan. Tok Guru orang yang belajar dan mengajar akidah,cuma dari segi pandangan masyarakat, ia kelihatan kasar," - BuletinOnline.net


Persoalannya sekarang :-

1. Apakah Nik Aziz sudah tidak memperdulikan pandangan masyarakat seperti yang dikatakan oleh Satiful ?

2. Apakah masyarakat yang perlu beralah dan accodomatedengan cara kasar Nik Aziz?

3. Apakah cara Nik Aziz ini boleh dijadikan contoh seorang ulama yang tulin yang tiada agenda politik ?

4. Jika rakan seperjuangan Nik Aziz sendiri yang mengaku bahawa Nik Aziz kasar, apakah masih ada yang mahu berdolak dalih,menegak benang yang basah dan mengganggap Nik Aziz tidak terlanjur kata?

Dalam konteks ini, Nik Aziz memang telah terlanjur kata. Dan sebagai seorang yang dianggap ulama, beliau pastinya tahu apa yang perlu beliau lakukan apabila seorang Islam itu terlanjur kata. Beliau juga sepatutnya lebih prihatin kepada masyarakat serta lebih bijak untuk mengurangkan perbalahan serta kebingungan masyarakat.


0 comments:

Post a Comment

RENCANA

REALITI !!!