Pengerusi Penyelaras Damai Malaysia, Saiful Adil Mohd. Daud berkata, sebagai seorang yang berpelajaran tinggi, Mohammad Nizar tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian kerana ia menjejaskan kedaulatan Dewan berkenaan. Katanya, perbuatan Mohammad Nizar itu merupakan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah bukan sahaja kepada dirinya sendiri malah mencemarkan maruah negara. "Sebagai seorang pemimpin, Nizar telah 'berjaya' mencemarkan imej Dewan Rakyat yang selama ini bersih," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas tindakan Mohammad Nizar yang menimbulkan kekecohan pada sidang Dewan Rakyat semalam apabila bertindak memakai lilitan kepala bersama laungan 'Hidup Rakyat, Bubar DUN' sebaik selesai mengangkat sumpah. Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar pula berkata, sikap yang ditonjolkan Mohammad Nizar tidak menggambarkan ciri-ciri seorang pemimpin yang mengamalkan cara pentadbiran Islam. "Beliau sepatutnya peka dan patuh dengan peraturan Dewan Rakyat, bukannya membuat kecoh dengan tindakan memalukan itu," tegasnya. Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed memberitahu, tindakan bekas Menteri Besar Perak itu telah melanggar dua elemen utama di dalam politik iaitu adab dan etika berpakaian. ''Beliau melanggar adab dengan menimbulkan kekecohan di tempat yang salah (Dewan Rakyat) dan etika berpakaian apabila memakai lilitan pada songkoknya. "Dewan Rakyat bukannya tempat meraih populariti dan menarik perhatian umum, sebaliknya ia adalah tempat untuk berbincang dan menyelesaikan masalah rakyat," jelasnya. Oleh YASMIN RAMAN danKUALA LUMPUR 16 Jun - Tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang memakai lilitan kepala sambil melaungkan 'Hidup Rakyat, Bubar DUN' selepas mengangkat sumpah di Dewan Rakyat semalam sebagai sesuatu yang memalukan.
ABDUL HALIM JUMAT
pengarang@utusan.com.my
Sunday, June 21, 2009
NIZAR YANG TAK SEDAR.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
RENCANA
-
-
-
ARTICLE 145, FEDERAL CONSTITUTION: THE UNFETTERED DISCRETION UNDER THE RULE OF LAW - By : Nik Alia Hanafi, Associate/Knowledge Manager. Editor : Datuk Hafarizam Harun, Managing Partner *“It is axiomatic, for a written constitution would be...8 years ago
-
20 Tips Ampuh Mengatasi Jerawat yang Membandel - Tips Cara Mengatasi Jerawat Kalian tentu pernah mengalami jerawat kan guys? Bukankah ini sangat mengganggu, karena bisa mengikis rasa percaya diri anda. P...8 years ago
-
TROPICAL FRUIT – Yes we have gone troppo! But this one is for all our readers in the Northern Hemisphere who can enjoy the fruits of the summer season. - *Macadamia biscuit ice cream sandwiches* Makes 10 • 125g unsalted butter, at room temperature • 2/3 cup (150g) raw sugar • 1 tsp vanilla extract • 1 eg...10 years ago
-
-
-
-
0 comments:
Post a Comment