Powered By Blogger

Sunday, June 21, 2009

DIKTATOR???

PAS SEKAT HAK KEBEBASAN BERSUARA!


Kalau dulu Pakatan Pembangkang melaung-laungkan hak kebebasan bersuara, hari ini mereka pula yang menyekat hak-hak tersebut.

PAS telah dikatakan mengeluarkan arahan kepada semua ahli-ahlinya agar "tutup mulut" dari terus membicara dan mendebatkan mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan ketika Muktamar yang lalu.

Kononnya jika suara-suara perdebatan ini bergema, maka UMNO akan mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan suasana tersebut. Cuba lihat bagaimana stigma busuk yang terpendam dalam hati sesetengah pemimpin-pemimpin ini. Apa sahaja yang UMNO cuba lakukan untuk memperbaiki suasana politik di Malaysia, sering dilemparkan cercaan dan fitnah. Sedangkan cadangan tersebut datang dari pimpinan tertinggi mereka sendiri!

Apabila DS Najib membuat kenyataan yang mengatakan beliau melihatkeikhlasan yang wujud dalam cadangan-cadangan tersebut, mereka pula mempertikaikan "keihklasan" UMNO untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai kerajaan perpaduan.

Bukannya nak wujudkan terus pun, baru nak berbincang, itu pun dah gelabah...bila dah berbincang, barulah boleh nilaikan keikhlasan masing-masing. Ini tidak, terus keluarkan arahan untuk semua agar mengunci mulut masing-masing dari terus bercakap mengenai perkara tersebut.

Mulut manusia nie bukannya mulut tempayan yang boleh ditutup-tutup. Dalam dunia cyber nie, mulut memang bertutup, tapi akal dengan jari tetap berjalan dan bergerak untuk terus bersuara...Dah berapa ramai golongan-golongan pecacai nie menulis untuk memaki hamun pemimpin mereka...nak muntah baca!




petikan dari http://pilihan-anda.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

RENCANA

REALITI !!!