Powered By Blogger

Tuesday, June 30, 2009

JANJI TINGGAL JANJI

saya tertarik dgn tajuk berita di utusan m'sia, m/s 13 brknaan lim guan eng yg cuba main hide n sek dgn pndduk kg. buah pala, tasek gelugor. hmmm.... biasala tu sblm pu mmg bnyk prubahan yg bakal dilksanakan. janji itu, janji ini... bkn stkt di PP, di perak ni pn still x nmpk lg pmbngunn yg dulunya diwarwarkn oleh PR. mt rmpit still on the road, gejala ponteng sek mkin mnjd2, pndduk miskin mkin trus fakir....


tetapi masyaraklat kita ni mudh lupa agaknya. bila tiba musim pu, sgl kebaikn yg prnh ditaburkn oleh kerajaan hilg drpd ingtan. yg brmain2 di minda hanya keburukn yg dicanag oleh pihk pmbngkg. maka trjadilah 'perpindahn rumah'

dn apabila sgl jnji itu disedari hny kosong smta, bru nk trngadah. kmbali akhirnya meminta sokongn dn bantuan krajaan. cmner tu?? tp bila tiba nnt musim pu, brpaling lg. apa kategori yg paling sesuai utk masyarakat yg mcm ni??

jgn jd barua pd bangsa sndri....
jgn jd kcg lupakan kulit....
jgn jd hipokrit pd dri sndri....

tiada yg smpurna. mna ada tindakan kita yg dpt memuaskn hti semua pihak. tetapi jgn hnya krn secubit garam trtumpah dlm jus epal, kita buang trus jus tu. heyyy sdp tau jus epal kalo bbuh garam skit. kalo x caya, cuba rasa!

***********************************************

PETIKAN DRPD UTUSAN M'SIA
1 Julai 2009
m/s 13


PULAU PINANG 30 Jun - Penduduk Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor di sini hari ini kecewa dengan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang disifatkan cuba melarikan diri dan enggan bertemu mereka bagi menyelesaikan isu yang membelenggu kampung itu.

Ia bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan negeri yang didakwa tidak menunaikan janji yang ditabur sebelum ini.

Mereka memegang sepanduk antara lain tertulis, What is CAT?, Jangan cabul maruah kaum India, Guan Eng 'walk your talk', What is DAP's real agenda, Tukar ADUN Seri Delima dan 'Jom Ubah' Guan Eng cakap kosong.

Mereka turut memegang kain rentang tertulis Kami berharap Ketua Menteri dan kerajaan pakatan rakyat membela perkampungan High Chappral yang berusia lebih 100 tahun seperti dijanjikan,sambil melaung-laung meminta Guan Eng turun.

Selepas hampir 30 minit berbuat demikian, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik memberitahu, Guan Eng tidak dapat bertemu mereka dan mewakilkan dirinya untuk menerima memorandum tersebut.

"Guan Eng jangan larikan diri dan tidak perlu bersembunyi lagi malah kami tidak mahu mendengar kata-kata serta janji manis yang kononnya mahu membela dan mempertahankan hak penduduk kampung.

"Mereka sering kata tiada wang tetapi kami difahamkan DAP akan membina ibu pejabat parti yang baru yang dianggarkan bernilai RM4 juta, mana mereka dapat duit ini semua? Daripada pemaju ke? Siapa yang ingin dibela di sini?

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali berkata: "Mengapa dia tidak mahu berjumpa kami, semasa berkempen pilihan raya dulu selalu datang jumpa hingga ke pasar dan berkata kepada kami supaya mengundinya," katanya.


0 comments:

Post a Comment

RENCANA

REALITI !!!